Tuesday 24 July 2012

Sejarah Penubuhan SMK Putra Perdana

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana telah diurus tadbir buat kali pertama oleh Puan Rogiah binti Abdul Moin selaku Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Pemangku Pengetua. Beliau telah dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mac 2009. Beliau dibantu oleh barisan pentadbir, Puan Zarinah binti Md Hassan, Penolong Kanan HEM dan Encik See Kang Hock sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

Sekolah ini memulakan operasinya pada 15 Jun 2009. Pada awalnya sekolah ini mempunyai seramai 41 orang guru dan 567 orang pelajar tingkatan 1 dan 2.
Pada bulan Ogos 2009 sekolah ini menerima kunjungan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang amat berpuas hati dengan struktur sekolah ini.
Pada 19 Oktober 2009 sekolah ini telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Majlis Penyerahan Lima Buah Sekolah Baharu (IBS) yang dibina oleh Syarikat Bintang Kencana Sdn Bhd. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Bhg Datuk Fatimah bt Md Deni yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dengan tenaga pengajar yang ada di sekolah ini, kami warga sekolah meletakkan sepenuh harapan kepada sekolah ini agar SMK Putra Perdana setanding dengan sekolah-sekolah lain dalam melahirkan pelajar-pelajar yang menepati aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Falsafah Pendidikan Negara.

0 comments:

Post a Comment

Takwim SMK Putra Perdana 2013

Diikuti Oleh